Tuesday, 21 April 2015


Good day churros!

I've been searching for the different blouse quite a while because it's hard to find something a bit unusual when it comes to fashion in Malaysia, especially in this Pasir Gudang area..and I think finding a good fashion in KL is much more satisfying and better (but compared to Japan of course they have a lot more of outrageous yet stylish fashion-in my honest opinion tho). I sometimes enjoy a freak and outrageous fashion (or more clearly, a bit different than others)..my taste is a bit different I guess. Typical blouse that many people have already worn does not captivate my eyes anymore. 

So, kinda 2 weeks ago my friends asked me to join them to just wander around somewhere..I'm studying in the Pasir Gudang area, and I never really step out so often from the borderline..LOL

My friends actually wanted to find a shampoo which is sold more cheaper at Pandan City Mall. I'm kinda clueless about this place at first because never really acknowledge this place before..we went there anyway..and surprisingly there are a lot of fashion shops I haven't discovered before..and some even sell the different kind of fashion clothing I've been searching for!! (tho there are some shops still selling the typical kind of fashion I'm getting boring at..haha) 



This is actually how the mall looks like, I've been told that it is more fun to have a walk starting from evening to midnight here..there's an uptown/night market around this mall too, normally this place will close around 2-3 am.



Stumbled upon this one, I bet the most different than others there? blended in the middle of other blouses. The different features of this blouse just caught my eyes straight away, even tho there were only 2 pieces of them, covered in the middle of bunch of other colorful but typical blouses!
So, I bought it straight away (Ingat nak menyimpan because of GST, tapi x jadi haha..ouch my pocket!) Total damage for this blouse is only about RM40. (I've spent about RM1++ the day before for some online shopping, so I wished to manage my money better but totally failed..LOLS!) another money cashed out (TwT)

Go find some cute fashion piece like this too at Pandan City Mall which is located not so far from Pasir Gudang, it's in Pandan area. The mall is not located at the strategic location at all and located a bit secluded from the main road..Hahaha..but once you discovered this place, you'll find more than what you wanted there, things are sold at an affordable price too! I bought mine in quite small dress boutique, normal price for the blouses there would be around RM40, while dresses would be around RM150-300! You can even find good food, gadgets and some accessories too there, totally worth a visit for both gender!


See you guys on my next post!


-Jia Jia-




Wednesday, 15 April 2015


Hai donut-donut, kek red velvet yang comel (dan sedap) sekalian..ahaha

Okey, mungkin ni adalah first post yang kite pernah tulis dalam BM kot (ever)..rasa pelik sikit lah bunyinya sebab x pernah2 lagi tulis entry kat blog ni BM tapi xpe..kite nak tulis juga..(bahasa kita dedua hancus sebenarnya BM & BI hahaha tapi sebab terbiasa tulis BI, jadi kekok sikit2 tiba2 nak tulis sebijik entry dalam BM kat sini)

Dan biasanya Jaja suka tulis & share pasal beauty-related stuff kat sini..tapi kali ni entry ni lain sikit oke.

Post ni Jaja tujukan kepada semua classmates Jaja iaitu rakan-rakan seperjuangan dalam course Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan, (DUPC). Sebelum tu..*ALERT POST INI AKAN DIPENUHI DENGAN GAMBAR*...

Kat sini nak luah sikitlah kan...Jaja ni sebenarnya orang yang susah nak berkawan, dalam hidup Jaja sebelum ni dah terbiasa brought up to be budak nakal sikit masa zaman sekolah dulu, ponteng sekolah, terlibat ngan masalah sosial..kawan ngn geng2 motor (kawan baik Jaja minah rempit kot, tapi dia baik sangat kat Jaja)..mesti korang tak percaya kan bila cerita sebab Jaja ni jenis x suka cerita tentang kehidupan kat org lain sangat..dan bila makin meningkat dewasa Jaja jadi lebih pendiam dan watak macam dah twisted sikit pulak.

Pastu masa diterima masuk kat Poli ni pun Jaja menangis sebab Jaja dapat course yang Jaja tak pernah rela nak belajar, Diploma of Electronic Engineering (dahlah Jaja x suka matematik..Jaja sorang yang x suka math dalam family)..satu kelas pulak semua bebudak lelaki..2 orang je perempuan (termasuk Jaja)..memang macam @#$%^&* rasanya...tapi takdir Allah, terima kasih Jaja mohon cepat2 tukar course baru dapat tukar..tu pun 2 bulan sebelum menghadapi final exam..sekali lagi rasa macam @#$%^&*...dan kat sini lah kita semua start berkenalan..

Masa mula2 Jaja masuk kelas DUP1C (semester 1)..rasa macam ntahlah..Jaja rasa agak left out..mungkin sebab Jaja antara joiner yang lambat join dalam kelas ni dan Jaja tak tahu camne nak mix up ngn korang..cuma yang Jaja paling rasa best sebab semua perempuan..3 je lelaki, Azril, Qays & GG (bukan "gigi" yer sebutnya tapi "Jiji")..dan yang paling Jaja ingat..Jaja x pernah jumpa orang Sarawak..dalam kelas ni 3 orang jer..Jiji, Voon n Hajar jer (Hajar ni "kembar" saya sebab nama sebijik sama kehkeh)..dan sebab Jaja excited kan macam memang x pernah jumpa Sarawakian kot..Terengganu mana ada kawan dari Sarawak..jadi jakun jap (kalau kat Terengganu orang dah panggil Jaja "darat ulu" ahaha)..bukan excited apa sangat..nak belajar org Sarawak selalu cakap camne kan..pastu tanya Jiji..sekali dia cakap bahasa pelik2...hahaha..memang lain yer bahasa Sarawak dari semenanjung.

Kalau nak cerita memang panjang kan lagi kan.ni pun Jaja rasa dah panjang berjela2..tapi 3 tahun kat sini memang bermakna sangat bagi Jaja..mula2 masa sepanjang sem 1-3 Jaja rasa x biasa ngn korang..jadi bila Jaja x biasa ngn orang Jaja akan buat hal sendiri dan x suka nak mix around, Jaja rasa maybe kita susah nak get along..so Jaja diam jelah dalam segala hal dan x campur. Sebab Jaja ni jenis yang fikir kalau orang mcm x biasa ngn kita baik kita shut off jer..tapi turned out bila start sem 5 Jaja rasa macam cuba nak fit in..Jaja x rasa korang ni mcm jahat ke apa kan..cuma Jaja rasa mungkin Jaja yang cuba menjauhkan diri dari orang (xde sebab pun)..Jadi Jaja xnak juga 3 tahun kat Johor ni..belajar kat sini xde memori ngan sape2..cam sedih jer hidup camtu...pastu alhamdulillah..start sem 5 Jaja start cuba bercampur..n Jaja rasa korang semua okey jer sebenarnya..cuma kadang2 ada sikit2 masalah regarding assignments tu biasalah kan..adat namanya..macam adik beradik..gaduh sikit2 x kemana pun..cam gaduh manja2 gitu jer..aww *ahahahaha*

Haritu pun masa Majlis Malam Pra-Graduaan (MPG) Jaja rasa seronok sangat..sebab macam first time kan kita semua berkumpul, pakai cantik2 dan boleh gelak terbahak2 semua sama2 (sampai makan tercekik ko)..sebab sebelum ni walaupun kita ada trip Terestrial bersama masa sem 2 kat Melaka, and pergi Pulau Sibu, Mersing masa sem 3 untuk activiti Marine..Jujur Jaja x happy pun..sebab Jaja rasa macam Jaja x sepenuhnya diterima dalam komuniti DUPC..dan rasa agak left out. Sebab Jaja sendiri yang masih x bercampur ngn korang masa tu. Semua aktiviti yang Jaja buat kat sana semua Jaja rasa kosong takde memori, macam pergi hanyalah untuk memenuhi syarat lulus semester jer.

Sebelum Jaja keluar dari Poli, Jaja dah berazam nak ambil gambar ngn setiap korang yang ada dalm kelas ni and gambar kawan2 yang lain yang Jaja kenal sebagai kenangan yang kita pernah bersama..kalau2 nyawa Jaja x panjang lepas ni mana tahu kan..kat sinilah yang Jaja dah tulis semua yang Jaja rasa..n secebis kenangan yang Jaja pernah ada ngan korang..gambar2..n semualah.

Malam Pra-Graduan


 Ngan Aimi yang tinggi lampai, Aimi ni jenis orang yang aktif dalam semua hal..


 Ayu ni mak dia Thai, orangnye pun cantik dan memang ayu pun..hehe


 Kak Jue yang sentiasa bagi nasihat tentang agama dan mengingatkan semua orang tentang solat..terima kasih atas ilmu & nasihat selama ada kat sini Kak Jue..


 Anur ni ayu & lembut orgnya..selama kawan 3 tahun, x penah lagi Jaja nampak dia buat perangai gila2..kat rumah x taulah kan..tapi bagi Jaja susah nak cari perempuan yang sentiasa "under control" macam Anur ni...

N malam tu kami pakai baju warna sedondon..nampak cam kembar x? hehe


 Tasya..muka Tasya ni ada macam org western sikit kalau tengok depan2..bak kata gurauan Tasya "Saya orang Scotland" hehe


 Dengan Datin Puteri Siti Nurnajwa..ahaha..si kecik molek yang comel..


 Aten ni x banyak cakap dan jenis baik2 sikit..kadang2 segan nak cakap dengan dia..hehe


 Ana yang manja2..kite suke au kawan ngan awak Ana! 


 Mekyaa..dengan loghat kelantan dia ni..semua benda yang dia cakap pun kelakar..hahaha


 Nina ni x banyak cakap juga..tapi dia ni baik sebenarnya..hehe


Wefie...heee


 Bat yang sangat fluent in English, presenter terbaik..dan Kpopper..hehe


 Kembar Saiyerr..Nama kami saya..nama daddy jer lain..hehe...


 Sebelum Jaja masuk DUPC, dialah orang first yang Jaja jumpa, Nazeera..masa tu Jaja pergi jumpa dia masa sem 1 semata-mata nak tanya pasal course ni sebab Jaja baru masuk..and dia siap bagi nota lagi..Terima kasih untuk semuanya Zeera.. 


 Myiera & Mekna..dua-dua Kelantanese, Myiera x lama lagi nak kawen dah..semoga nanti jadi ibu & isteri yang solehah ya..hehe


 Classmate Jaja yang sangat gojes..Sofea..


 Dalam kelas ni jelah jejaka-jejak yang ada..Qays, GG & Azril..korang memang antara guy friend Jaja yang terbaik!


Malam tu Jaja nak nangis dapat hadiah ni..terima kasih Datin Puteri Wawa yang comel..macam tau2 je apa yang Jaja suka..kita terharu baca ni..thanks sangat2 


Dinner x dilupakan juga..dan semuanya dah lama ke dalam toilet bowl..ahahaha..


Gambar 1 family DUPC dengan Miss Akashah Penasihat Akademi yang tersayang..gambar ni pun Jaja xkan lupa sampai bila2..cuma Atie, Shu & Voon xde..sedih sikit..

Dan yang paaaaaling last..kita ke Tanjung Balau untuk barbeque..Jaja frust sikit jelah sebab Voon xnak join lagi sekali sebab dia ada plan sendiri yang x boleh nak dielak..and Shu Kak Jue, Miera, Mekna and Atie pun xde sebab dah balik..kalau x mesti lagi gempak meletop2 semua haha...

Jaja benci pantai..senang cakap semua tempat air2 lah sungai ke apa..walaupun Jaja biasa duk Terengganu..tapi still xsuka pantai..ahaha..tapi sebab kenangan last..Jaja fikir seronok gak ni kalau dapat main air ngn korang..paling x menahan Jiji and opie lah..adehh..mula2 diorang berendam kat gigi air dengan tenang..sekali kita datang dekat..debush! dia tarik kita masuk air..basah habess..nak balas dendam kat Jiji and opie pasal dialah kita basah..pastu dapat basahkan opie (walaupun dia dah basah haha)..pastu kita nak tolak Jiji balik lagi sekali dia tarik kita masuk air lagi (nampak x great gap between tenaga lelaki and perempuan hahaha)..conclusion..dendam x terbalas..adehh..haha..pastu balik sakit2 badan and sun burn..merah cam udang kena grill (2nd time dalam hidup dapat sunburn..1st time masa kat Pulau Sibu tu)...tapi tetap rasa bermakna sebab hari nilah first Jaja rasa Jaja lari, merangkak..tersungkur jatuh kat pasir2 ngn classmates..pastu tanam badan si Qays lah..opie, Hajar and Bat semua basah jangan cakap lah..haha..last2 semua Ana,Nina, Azril datang..semua pun kena dibasahkan ngn Jiji (muka dia masa tu evil habis..niat nye nak humban semua org dalam air jer kerjanya)..


Sesi menghidupkan api yang mula2 xnak hidup-hidup..haha


Antara muka gadis-gadis hot DUPC..hehe


"Makcik ko" Qays (dia ni suka sangat cakap makcik ko, nenek ko, datuk ko, semualah dia nak sebut), Aten, Nina..and yang mencangkung tu x nampak..ahaha


Datin Puteri Siti Nurnajwa..hahahaha..antara kawan Jaja yang paling cute miut..orangnye kecik molek jer..hehe


Kalau dok dalam kelas DUPC ni..wefie adalah satu kewajipan!

Masa ni sedih..Aimi terclash masa ngan geng PRS..tapi nasib sempat jumpa dia..kalau x menangis Jaja..hehe..walaupun Aimi datang sekejap tapi okelah..


Semua macam ganster yang ni..haha


Sampai bila2 Jaja takkan lupa gambar ni..comel jer semua..


Geng2 yang suka melompat..hehehe


Tak tau camne Bat & Qays amek gambar ni tapi korang nampak cool giler dalam photo ni..


Macam womanizer Qays dalam gambar ni..hahahahaha


Hari tu memang GG ni jahat sikit..Jaja dahlah pakai suar jean..datang nak celup kaki je dalam air..lepas tu GG ngan opie ni tarik Jaja masuk air..habis basah..ahahahaha..dan seterusnya banyak lagi mangsa2 yang dibasahkan oleh GG..adehh

Mula2 Jaja nak amek gambar so bawak camera tapi lupa charge..pfffftt..jadi dapat amek sikit jer gambar pakai camera Jaja sebab low bat..dah la tu..amek gambar x berskill photographer langsung..haha..tapi bila tengok2 balik gambar yang tak jadi ni..nampak comel bila ditambah dialog..kekeke..


sesi kejar mengejar..

 Hah..gambar yang ni bukan dari camera Jaja..tapi nampak kelakar..haha


 Patutnya ni gambar melompat..tapi x jadi..ahahaha


Ni pun gambar lompat yang x jadi..tapi nilah kenangan last kan...


Antara geng2 yang mula2 xnak basah tapi telah dibasahkan..akhirnya semua basah..hahaha


Wawa and the gang yang tengah welfie..kami Opie, Jiji, Bat, Hajar and Jaja kat belakang sedang sibuk menanam separuh badan si Qays dalam pasir..haahahah..benda ni Jaja memang xkan lupa sampai bila2..


Lepas naik dari pantai semua basah, lapar & dahaga..haha


Jaja sebenarnya orang yang jarang berselfie..Voon pun sama..jadi jarang ada gambar berdua walaupun Jaja agak rapat ngn voon...so ni dia gambar yang ada ngn Voon (post ni x lengkap sebenarnya tanpa semua kawan2 Jaja, Jaja menyesal x pernah selfie ngan Atie & Shu juga..xde gambar ngn mereka..apa2 pun yang penting memori Jaja akan surely ingat korang forever Atie & Shu!), Voon ni org yg sangat susah difahami, tapi bila lama2 kenal x teruk sangat pun dia ni walaupun selalu nampak dia marah hari2..walaupun dia selalu marah2..ngan Jaja dia ok & lembut jer..Jaga diri kat Sarawak yer Voon, jangan selalu marah2 lagi..and moga2 U selalu buat something yang boleh keep you happy....LV


Nilah gambar semua..termasuk Atie & Shu yang banyak xde dalam gambar.cuma Voon jer xde..
Terima Kasih untuk 3 tahun kat sini korang..untuk semua tunjuk ajar & perkongsian ilmu bersama..

Last nak cakap kat sini, terima kasih sangat untuk 3 tahun kat sini sekali lagi..Jaja x sure bilalah kita semua mungkin akan berkumpul lagi nanti..takut2 ajal dah sampai mana tahu kan..bukan mintak tapi x tahu kan..maaflah kalau selama ni ada kasar bahasa, x jaga adab ke..termakan, terminum, tergurau, tertampar yang x sengaja..harap maaf..semua white & black memories kat sini akan Jaja ingat sebagai kenangan and pengalaman dalam hidup Jaja. Harap korang pun. Jaja seronok dapat berkawan dan berkenalan ngan korang semua..Voon, Kak Jue, Bat, Zeera, Hajar, Atie, Opie, Ana, Nina, Mekya, Aten, Ayu, Miera, Yana, Aimi, Qays, Azril, Jiji, Wawa, Anur, Tasya, dan Shu..Jaja akan ingat korang sampai bila2. Oh satu lagi..Jaja x pernah ada ramai sangat kawan lelaki, dan Jaja jarang berkawan sangat ngan lelaki..so kadang2 kalau cara pendekatan Jaja kat korang Azril, Jiji and Qays cam pelik2 atau rasa cam x selesa..sorilah..Jaja memang x pandai sangat bergaul ngan lelaki..tapi apa yang Jaja tahu..koranglah antara kawan2 lelaki yang Jaja pernah kawan yang sporting and the best sangat!

Kalau jumpa lagi nanti, tegurlah..contact2 kalau datang KL ke Terengganu ke kan..kalau kat KL Jaja duduk Sri Damansara jer..so kalau datang contact je..mana tau boleh hang out. Friendship kita bukan sampai sini je tau..apa2 pun buat yang terbaik dalam hidup korang x kira what path would you take..yang penting banggakan parents and jadi orang berguna tau. Kalau2 mungkin kita x jumpa lagi..simpanlah semuanya dalam memori yer..semua yang Jaja tulis ni adalah sebagai memori untuk Jaja & korang. Jaga diri korang! Sebab mungkin Jaja x banyak cakap kat depan2..so nah segedabak Jaja luah kat sini hah..haha. Nanti pun Jaja x taulah mungkin bila jer lagi Jaja akan datang Johor...Love you kawan2!


DUP6C is our last class yet will stay forever in our heart.


Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi yer kawan2!
Jaga diri!


-Jia Jia-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...